HARMONY EXCELLENCE HOLIDAYS

"Kembara taubat di bumi Anbiya"

Terokai Dunia bersama kami

Pilih destinasi anda dan kami akan kendalikan selebihnya.

PAKEJ UMRAH

Dapatkan pakej Umrah terkini yang mampu milik sesuai mengikut bajet kewangan anda dengan harga serendah RM4990/seorang. Hotel dekat, harga jimat.

BADAL HAJI

Daftarkan Upah Haji untuk orang sakit yang tiada harapan untuk sembuh, lumpuh, atau mereka yang telah meninggal dunia dengan harga yang sangat berpatutan. 

LUAR NEGARA

Lawati tempat tempat menarik di serata dunia mencari Redha Ilahi dan nikmati keindahan alam ciptaan Allah S.W.T bersama keluarga dan saudara mara.

NAK TAHU LEBIH LANJUT TENTANG HARMONY?

Mengusahakan travel muslim ke tanah suci dan keseluruh dunia.

profil company

PROFIL SYARIKAT

Ditubuhkan pada tahun 2007 dan dikenali sebagai Harmony Excellence Travel Tours Sdn Bhd (HETT). Pada October 2012 HETT telah dijenamakan semula kepada Harmony Excellence Holidays Sdn Bhd (HEH). Memulakan perniagaan dengan hanya satu (1) unit pejabat, HEH kini telah berjaya meluaskan perniagaan dan kini telah menyewa bangunan pejabat 2 tingkat untuk memenuhi keselesaan pelanggan dan pekerja.

objective

OBJEKTIF SYARIKAT

  • Menyediakan perkhidmatan yang efisien dan profesional terhadap pelanggan.
  • Pengendalian urusan mengikut tatacara syarikat menerusi etika kerja dan amalan nilai murni diantara syarikat dan pelanggan.
  • Memberikan perkhidmatan berkualiti untuk kepuasan pelanggan yang maksimum.
Icon Image

MISI

Menjadi satu syarikat pelancongan yang bertaraf antarabangsa.

Icon Image

VISI

Menyediakan perkhidmatan yang penuh integriti, sistematik dan inovasi bagi mencapai tahap kepuasan pelanggan seratus peratus.

Icon Image

MOTO

Berusaha untuk kecemerlangan                                                                    

UCAPAN PENGARAH URUSAN

Sepatah dua kata...

Segala puji bagi ALLAH, Tuhan yang mengurniakan kebaikan kepada sesiapa sahaja yang dikehendaki-Nya. Selawat dan salam ke atas Rasulullah SAW, ahli keluarga dan para sahabat baginda serta orang-orang yang mengikut jejak langkahnya. Alhamdulillah, syukur kepada Allah SWT, dengan rahmat dan kasih sayang-Nya, dapat kita membuat amal soleh dan mentaati segala suruhan-Nya. InsyaAllah. Salam Harmoni yang berpanjangan pada semua pengunjung website ini. Semoga ianya sedikit sebanyak dapat memberi manfaat kepada semua, insyaAllah. Kelebihan ibadah umrah adalah sangat besar disisi Allah SWT sebagaimana sabda Nabi SAW yang bermaksud ” Diantara satu umrah kepada satu umrah yang lain adalah penghapus dosa diantara keduanya dan tiada balasan bagi haji yang mabrur(diterima) melainkan syurga” Riwayat Bukhari dan Muslim. Selaku Pengarah Urusan Harmony Excellence Travel & Tours sdn Bhd, saya dengan rasa rendah diri mengajak untuk kita sama-sama menghambakan diri  kepada Allah S.W.T dengan penuh rasa syukur, tawadu’ dan keinsafan mengunjungi Baitullah dan menziarahi makam Rasulullah S.A.W. Kami mengajak semua untuk sama-sama menyertai program umrah kami seperti sebuah keluarga yang besar, harmoni, saling bantu membantu tanpa ada rasa pentingkan diri, hasad dengki dan sebagainya. Semoga kita mendapat umrah yang mabrur di sisi Allah. Amin ya robbal alamin.

Haji Nor Hashim bin Abdullah

Pengarah Urusan

Alhamdulillah dengan limpah kasih sayang-Nya serta taufik dan kurniaan-Nya telah memudahkan kami atas urusan berkhidmat kepada para jemaah-jemaah Umrah di Harmony Excellence Holidays khususnya dan seluruh Malaysia umumnya. Di sini kami ingin mengucapkan jutaan terima kasih dan penghargaan kepada sesiapa sahaja yang terlibat secara langsung atau tidak langsung dalam usaha memberi layanan kepada para tetamu Allah. Kami juga akan terus menggalas amanah ini untuk memenuhi citarasa dan kehendak jemaah-jemaah umrah kami dari masa ke semasa. Akhir kata dari kami, “Ingat Umrah, Ingat Harmony”

Hisham bin Hamzah

Pengarah korporat

koleksi Galeri Jemaah & video

Abadikan kenangan anda di Tanah Suci

Uncle Hashim, mengucapkan selamat berpuasa kepada semua. Jadikan Ramadhan ini, Ramadhan yang terbaik untuk kita. Banyakkan amal ibadah dan jaga solat 5 waktu sehari.
Nor Hashim, Pengarah
Pengasas Harmony Excellence
Saya, Aida Khalida,
saya bagi Harmony Excellence 10 bintang! Pakej Umrah sambut Lailatul Qadar, 10 Ramadhan terakhir, sambut Hari Raya di sana, seronok sangat.
Aida Khalida, Selebriti
Duta Harmony Excellence
Doktor beritahu tarikh hidup saya pada20/1/2018. Alhamdulillah tahun lepas saya dapat menunaikan umrah dan pada 20/1 berada di Mekah. Allahuakbar. Jom Umrah bersama Harmony Excellence.
Hanafiah Malek, Ustaz
Duta Harmony Excellence
"Macam Menteri" Semuanya Harmony sediakan daripada urusan angkat bag, check in, bawak badan ke airport, semua diuruskan oleh staf Harmony yang sangat berkebolehan.
Koleksi Testimoni
Jemaah Harmony Excellence

Dapatkan pakej Umrah terkini yang mampu milik sesuai mengikut bajet kewangan anda dengan harga serendah RM4990/seorang.

Hotel Dekat Harga JIMAT

PERKHIDMATAN

Selain perlancongan, kami turut menyediakan perkhidmatan lain seperti:

Qurban & Akikah
@ Kemboja/ Rohingya

Tujuan utama program ini diwujudkan adalah untuk membantu umat islam di kemboja yang hidup dalam keadaan serba daif, dizalimi dan kekurangan dari segi keperluan asas makanan, tempat tinggal, pendidikan dan sosio ekonomi.​

Makanan Sunnah
Elaaj Asy-Syifa'

Habbatus Sauda dan Madu digunakan secara tradisional untuk beberapa keadaan dan mempunyai banyak kelebihan untuk kesihatan tubuh badan dan juga kecantikan kulit. Produk keluaran Muslim halal dan suci.

Buku Motivasi &
Ibrah Tanah Suci

Bahan bacaan ilmiah berdasarkan pengalaman sebenar pengasas Harmony sepanjang menunaikan ibadah Umrah & Haji. Mengandungi banyak pengajaran dan pembakar semangat untuk menjadi insan yang lebih baik.

Kenangan Terindah dari jemaah kami

Apa kata mereka?

Syukur Alhamdulillah dapat bawa anak bersama umrah kali ini. Saya akan sertai umrah Ramadhan pula untuk kali kedua bersama Harmony inshaALLAH.
Zainal
Kuala Lumpur
Alhamdulillah dan terima kasih bertungkus lumus atas perkhidmatan lima bintang dari berlepas sehingga ketibaan jemaah. Jazakallahu khair.

Aidil
Kuala Terengganu
Harmony Excellence sangat bertuah kerana mempunyai ‘mutiara’ berharga. Mutawwif yang berilmu dan tinggi penghayatan tauhidnya. Setiap tutur surah menjentik hati kami para jemaah
Norazah
Johor
Alhamdulillah penceritaan dan perkongsian serta setiap bait yang sangat memberi kesan kepada kami untuk menjadi Hamba Allah yang lebih baik Insha Allah.

Al-Malik Hasan & Nurul Atiqah
Kuala Lumpur
Terima kasih atas pengurusan staf dan mutawwif yang sangat cekap dan memudahkan pelaksanaan umrah kami dengan tenang dan selesa. Hanya Allah sahaja yang mampu membalasnya.

Mohamad
Sarawak
Alhamdulillah berkat bantuan Harmony Excellence Holidays semua urusan Umrah dimudahkan oleh Allah ta'ala dalam waktu yang singkat. Selama perjalanan saya, saya mendapati perkara yang baik dan bermanfaat kepada semua jemaah.
Busiri
Indonesia

Sebarang Pertanyaan?

Kami berada di sini 24/7, untuk membantu anda.
Sebarang aduan/ cadangan amat dialu alukan untuk penambahbaikan dan naik taraf perkhidmatan kami.

HARMONY EXCELLENCE HOLIDAYS SDN BHD
No.1, Jalan Wangsa Melawati 4, Taman Wangsa Melawati, 53300 Kuala Lumpur, Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur

Hubungi kami di:
Pejabat: 03-4131 7464 (waktu pejabat)
Whatsapp/call: 010-503 2020 (24jam)
Email: heh.harmony@gmail.com

Waktu Operasi:
Isnin-Jumaat: 9am - 6pm
Sabtu: 9am - 2pm
Ahad: 9am - 2pm

0
Jemaah Umrah 2019
telah berlepas

Penerbangan seterusnya pada 23 February 2020 3:00 pm , KLIA 1

  • 00Days
  • 00Hours
  • 00Minutes
  • 00Seconds

© 2019 Harmony Excellence Holidays Sdn Bhd
(KPK/LN 7118) (IOT) LESEN KHAS UMRAH LKU/ 087)