PAKEJ UMRAH

Icon Image

"PAKEJ UMRAH 2019/2020,
UMRAH RAMADHAN & SYAWAL"

Dapatkan pakej Umrah terkini yang mampu milik sesuai mengikut bajet kewangan anda dengan harga serendah RM4990/seorang. Hotel dekat, harga jimat.

  • UMRAH AKHIR TAHUN 2020
  • UMRAH RAMADHAN & SYAWAL 2020
  • UMRAH AWAL TAHUN 2021
  • KEPERLUAN JEMAAH
  • JADUAL KURSUS UMRAH

JEJAK MUSAFIR 2020

JEJAK HARAMAIN 2020

LOW SEASON
PEAK SEASON
  • Ekonomi
  • Eksklusif
  • Premium

PAKEJ UMRAH RAMADHAN & SYAWAL(BIASA)

PAKEJ UMRAH RAMADHAN & SYAWAL(EKSKLUSIF)

PAKEJ UMRAH RAMADHAN & SYAWAL(PREMIUM)

PAKEJ UMRAH MUSAFIR 2021

PAKEJ UMRAH HARAMAIN 2021

Persiapan Spiritual (Dalaman)
  1. Sentiasa bertaubat serta memohon keampunan kepada Allah atas segala dosa yang kita lakukan.
  2. Digalakkan untuk berfikiran positif agar Allah S.W.T memudahkan segala urusan sepanjang tempoh umrah kita.
  3. Memohon kepada Allah semoga kita sentiasa dikurniakan kesihatan yang baik sepanjang umrah (dan selepasnya), mendapat taufiq, hidayah serta inayah (pertolongan) sehingaah dapat melaksanakan umrah dengan sebaik-baiknya dari awal hingga akhir, serta memberkati perjalanan tersebut.
  4. Memohon keredhaan ibu bapa (jika masih hidup) atas keberangkatan kita menunaikan umrah di samping memohon kemaafan atas kesalahan kita terhadap mereka berdua khususnya dan sesiapa sahaja amnya.
  5. Mengikuti kursus bimbingan umrah dengannya daripada tenaga pengajar yang berpengalaman di samping menambah pengetahuan tentang ibadah umrah melalui pembacaan bahan-bahan berkaitan.
Persiapan Material
1. Beg Sandang yang mengandungi:-
  • Buku Panduan Umrah
  • Passport
  • Tiket Penerbangan
  • Wang secukupnya untuk kegunaan di Tanah Suci.
  • Bekalan perubatan yang perlu seperti panadol, minyak angin dan lain-lain (sekiranya perlu) dan ubat kencing manis, ubat darah tinggi (bagi individu berkenaan),
2. Beg beroda bersaiz sederhana

 

Jemaah Lelaki
No. Jenis Barangan Kuantiti
1 Kain Ihram 2 pasang
2 Tali Pinggang Haji 1 utas
3 T Shirt Putih berzip hadapan 2-3 helai
4 Seluar Panjang Cotton (Putih) 2 helai
5 Baju Kurta / Melayu 2 helai
6 Kain Pelikat 2 helai
7 Pakaian dalam secukupnya
8 Botol Air Wudhu (Spray) 1 unit
9 Debu Tayyamum 1 botol
10 Sejadah Nipis / Kecil 1 helai
11 Buku doa/ bacaan di Tanah Suci / Surah Yasin 1 unit
12 Selipar -jari tumit dan kaki kelihatan 1 pasang
13 Uncang Selipar 1 unit
14 Krim pelembab kulit/ tumit / bibir 1 set
15 Alat-alat mandian / bercukur 1 Set
16 Ubatan Persendian (mengikuti keperluan)
17 Vitamin C / Revicon (multivitamin)
18 Jaring beg / Sarung beg 1 unit
19 Padlock kecil - mengunci beg 1 unit
20 Penapis hidung (NOSK) 2 paket
21 Gunting Kecil / pengetip kuku 1
22 Kamera / Marker Pen 1
23 Stokin (jika perlu) 2 pasang
24 kasut ringan (jika perlu) 1 pasang
25 Penyangkut baju (jika perlu) 5
26 Tasbih digital / manual 1 unit
27 Telefon bimbit

 

Jemaah Wanita
No. Jenis Barangan Kuantiti
1 Telekung (labuh) 2 helai
2 Mini Telekung 2 helai
3 T Shirt Muslimah berzip hadapan 2 helai
4 Seluar Panjang Cotton (putih) 2 helai
5 Jubah berseluar / Jubah labuh 2 pasang
6 Anak tudung 2 helai
7 Sarung lengan 2 pasang
8 singlet tidak berlengan (berzip) 2 helai
9 Debu Tayyamum / Botol Air Wudhu (Spray) 1 botol
10 Sejadah Nipis / Kecil 1 helai
11 Stokin Tawaf (bertapak tebal) 2 pasang
12 Stoking nipis (bersholat/harian) 4 pasang
13 Uncang Selipar 1
14 Krim pelembab kulit/ tumit / bibir 1 set
15 Alat-alat mandian / bercukur 1 Set
16 Ubatan Persendian (mengikuti keperluan)
17 Vitamin C / Revicon (multivitamin)
18 Jaring beg / Sarung beg 1 unit
19 Padlock kecil - mengunci beg 1 unit
20 Penapis hidung (NOSK) 2 paket
21 Gunting Kecil / pengetip kuku 1
22 Kamera / Telefon bimbit 1
23 Buku doa/ bacaan di Tanah Suci / Surah Yasin 1 Unit
24 kasut ringan (jika perlu) 1 pasang
25 Penyangkut baju / marker pen (jika perlu) secukupnya
26 Tasbih digital / manual 1 unit
27 Selipar / Sandal sepasang

 

PANDUAN TENTANG BARANG LARANGAN
Para jemaah dinasihatkan supaya TIDAK MEMBAWA MASUK BARANG LARANGAN ke dalam kapal terbang. Barang-barang tersebut hendaklah dimasukkan/diisi dalam ke dalam beg yang dimasukkan ke dalam kargo
  • Senjata tajam
  • Pisau
  • Gunting
  • Bekas menggunakan kaca
  • Botol minyak wangi
  • Bahan api
  • Pemetik api ( lighter)
  • Mancis api
(Maklumat lanjut boleh didapati di Kaunter Pertanyaan KLIA).

 

PANDUAN URUSAN CHECK IN DI AIRPORT DAN IMIGRESEN
Ketika hendak berangkat
  1. Setiap jemaah dikehendaki berada di lapangan terbang KLIA 4 jam sebelum waktu penerbangan.
  2. Semua jemaah hendaklah berkumpul di suatu tempat yang diarahkan oleh pihak agensi umrah.
  3. Urusan check in lazimnya akan dibantu oleh pihak agensi umrah atau wakilnya.
  4. Berat timbangan ketika pergi tidak lebih 20 kg dan ketika pulang dari Jeddah ialah 20 kg. Lebihan muatan akan ditanggung oleh jemaah berkenaan.
  5. Pastikan pasport, boarding pass dan tiket penerbangan tersimpan rapi dalam beg sandang.
Ketika sampai di Jeddah
  1. Ketika pemeriksaan pihak imigresen, suami atau mahram hendaklah mengiringi isteri atau wanita yang menjadi mahramnya.
  2. Ketika pemeriksaan pihak kastam, beg kita yang berkunci hendaklah segera dibuka untuk tujuan pemeriksaan.Kunci beg hendaklah dipegang oleh masing-masing.kunci suami dipegang oleh suami dan kunci isteri dipegang oleh isteri supaya mudah membuka beg masing-masing.

 

Mengapa Umrah bersama harmony?

JARAK. Hotel kurang dari 350 meter dari Mekah dan 200 meter dari Madinah.
SELESA. Penerbangan dari Saudi Airlines, MAS, dan Air Asia.
MAKAN. Anda boleh memilih urus sendiri (boleh rujuk kedai dari mutawwif) atau kami tolong tempahkan melalui catering.
PERCUMA. Kursus ibadah tanpa ada caj tersembunyi. Kami akan ke tempat anda jika jarak menjadi masalah.
CEKAP. Kami akan bimbing anda sampai cekap dalam mengerjakan ibadah umrah sepenuhnya.
TAZKIRAH. Kami akan memenuhi aktiviti tazkirah jemaah sepanjang berada disana tanpa jurang masa yang sia-sia.
PROFESSIONAL. Kami mempunyai Mutawwif yang berpengalaman tinggi dalam menguruskan Jemaah umrah.
KENANGAN. Kami akan jadikan pengalaman umrah anda sebuah kenangan yang amat bermakna.


HARMONY ECXELLENCE HOLIDAYS

Terokai dunia bersama kami.