Ucapan Pengarah Urusan

Kata-Kata Aluan Pengarah Urusan Harmony Excellence Holidays

 

‎ السَّلاَمُ عَلَيْكُمْ وَرَحْمَةُ اللهِ وَبَرَكَاتُهُ

header ucapan pengurus

Segala puji bagi ALLAH, Tuhan yang mengurniakan kebaikan kepada sesiapa sahaja yang dikehendaki-Nya. Selawat dan salam ke atas Rasulullah SAW, ahli keluarga dan para sahabat baginda serta orang-orang yang mengikut jejak langkahnya. Alhamdulillah, syukur kepada Allah SWT, dengan rahmat dan kasih sayang-Nya, dapat kita membuat amal soleh dan mentaati segala suruhan-Nya. InsyaAllah. Salam Harmoni yang berpanjangan pada semua pengunjung website ini. Semoga ianya sedikit sebanyak dapat memberi manfaat kepada semua, insyaAllah. Kelebihan ibadah umrah adalah sangat besar disisi Allah SWT sebagaimana sabda Nabi SAW yang bermaksud ” Diantara satu umrah kepada satu umrah yang lain adalah penghapus dosa diantara keduanya dan tiada balasan bagi haji yang mabrur(diterima) melainkan syurga” Riwayat Bukhari dan Muslim. Selaku Pengarah Urusan Harmony Excellence Travel & Tours sdn Bhd, saya dengan rasa rendah diri mengajak untuk kita sama-sama menghambakan diri  kepada Allah S.W.T dengan penuh rasa syukur, tawadu’ dan keinsafan mengunjungi Baitullah dan menziarahi makam Rasulullah S.A.W. Kami mengajak semua untuk sama-sama menyertai program umrah kami seperti sebuah keluarga yang besar, harmoni, saling bantu membantu tanpa ada rasa pentingkan diri, hasad dengki dan sebagainya. Semoga kita mendapat umrah yang mabrur di sisi Allah. Amin ya robbal alamin.

Comments

comments