UCAPAN PENGARAH OPERASI

Alhamdulillah dengan limpah kasih sayang-Nya serta taufik dan kurniaan-Nya telah memudahkan kami atas urusan berkhidmat kepada para jemaah-jemaah Umrah di Harmony Excellence Holidays khususnya dan seluruh Malaysia umumnya.

Di sini kami ingin mengucapkan jutaan terima kasih dan penghargaan kepada sesiapa sahaja yang terlibat secara langsung atau tidak langsung dalam usaha memberi layanan kepada para tetamu Allah. Kami juga akan terus menggalas amanah ini untuk memenuhi citarasa dan kehendak jemaah-jemaah umrah kami dari masa ke semasa. Akhir kata dari kami, “Ingat Umrah, Ingat Harmony”