Qurban & Aqiqah

HIKMAT DAN FADHILAT

 

  1. Menghidupkan sunnah Nabi Allah Ibrahim a.s.
  2. Mendidik jiwa kearah takwa dan mendekatkan diri kepada allah s.w.t.
  3. Mengikis sifat tamak dan mewujudkan sifat murah hati mahu berbelanja harta kejalan Allah s.w.t.
  4. Menghapuskan dosa dan mengharap keredhaan Allah s.w.t.
  5. Menjalinkan hubungan kasih sayang sesama manusia terutama antara golongan berada dengan golongan yang kurang bernasib baik
  6. Akan memperoleh keredhaan atau tunggangan ketika meniti titian al-Sirat al-Mustaqim diakhirat kelak, Sabda Nabi Muhammad s.a.w. yang bermaksud: “Muliakanlah qurban kamu kerana ia menjadi tunggangan kamu dititian pada hari kiamat.”

 

Mengapa kami galakkan anda melaksanakan Korban dan Aqiqah di kemboja ?

 

Tujuan utama program ini diwujudkan adalah untuk membantu umat islam di kemboja yang hidup dalam keadaan serba daif, dizalimi dan kekurangan dari segi keperluan asas makanan, tempat tinggal, pendidikan dan sosio ekonomi. Mereka hanya dapat menikmati daging kambing atau lembu hanya pada Hari Raya Korban yang disumbangkan oleh saudara saudara seislam dari negeri jiran. Mereka tidak mampu membeli daging kambing atau lembu kerana ianya terlalu mahal bagi mereka. Sumbangan anda amatlah dialu-alukan untuk meringankan beban saudara islam kita. Dalam program ini wakil syarikat Harmony Excellence akan memantau dan melaksanakan sendiri ibadat korban dan aqiqah disana, selain itu sumbangan bahan ilmiah serta dana juga diterima untuk diagihkan kepada fakir dan miskin disana, InsyaAllah

Haji Hashim Abdullah                                                                                                                   CEO                                                                                                                                               Harmony Exxelence

BORANG PENYERTAAN AQIQAH & KORBAN

 

Verification

Comments

comments