KEMBARA VIETNAM (4 HARI 3 MALAM)

KEMBARA VIETNAM (4 HARI 3 MALAM)

MATTA FAIR SPECIAL PRICE

RM 1,399

Sebarang Pertanyaan. Sila Hubungi 03 4142 8817


 

Itinerary Kembara Vietnam 4 Hari 3 Malam 

Hari Pertama: (27 April 2017) Ho Chi Minh – Ketibaan (D)  

Setibanya di Lapangan Terbang Antarabangsa Tan San Nhat rombongan akan di sambut oleh pemandu pelancong Vietnam. Tour bermula dengan lawatan ke The Old Post Office, Hundreds Years Red Catheral, People’s Committee Hall, French Opera House, membeli belah di Saigon Square Center dan makan malam di Restoran Kampung Pandan. Seterusnya, bermalam di Hotel di Ho Chi Minh.

 

Hari Kedua: (28 April 2017)  Ho Chi Minh – Terowong Chu Chi (B,L,D)

Selepas Sarapan pagi, anda akan melawat Terowong Cu Chi. Cu Chi memainkan satu peranan amat  penting dalam Peperangan Amerika sebab kedudukan yang strategik. Orang Vietcong telah membina terowong   sepanjang 200km yang menyambungi ‘command post’, hospital, tempat perlindungan  dan juga kilang senjata di bawah tanah. Semua ini telah di bina tanpa mengunakan simen dan dengan hanya menggunakan tenaga manusia serta alat alat buatan mereka sendiri. Terowong terowong ini tidak pernah di temui oleh musuh. Singgah Makan Tengah Hari di Restoran Redhouse Halal.
Tour akan bermula selepas makan , dengan melawat Masjid Ar-Rahim yang di bina dalam tahun 1885 oleh orang orang Islam dari Malaysia dan Indonesia. Seramai 200 orang solat disini. Masjid Musulman  , sebuah masjid yang paling sibuk di Saigon telah di bina dalam  tahun 1935 oleh kaum  India Muslim. Singgah makan malam di Restoran Halal di Dyonya Restaurant. Bermalam di Ho Chi Minh.

 

Hari Ketiga : (29 April 2017)  Ho Chi Minh – My Tho (B,L,D)

Selepas Sarapan pagi di Kampung Pandan, rombongan akan menuju keluar Bandar Ho Chi Minh ke arah Mytho. Mytho adalah sebuah pelabuhan di Sungai Mekong Delta, 2 jam perjalanan dari Bandar Ho Chi Minh. Rombongan akan menaiki bot yang disediakan. Sepanjang perjalanan Sungai Tien, anda boleh lihat 4 buah pulau , Pulau Long,Pulau Lan Qui, Pulau Phuong dan Pulau Thoi San. Di Pulau Thoi San anda akan melawat kilang gula gula kelapa dan lihat bagaimana gula gula tersebut di buat sambil merasa gula gula kelapa Vietnam. Singgah di kebun buah buahan dan rasa 5 jenis buah tempatan sambil di hibur oleh muzik  tradisi Vietnam  ‘ Don Ca Tai Tu Nam Bo’  .Terus ke kediaman Mr Nam Ngo untuk menikmati ‘honey tea” di akhiri dengan menaiki sampan yang di kayuh oleh gadis, wanita Vietnam ke arah bot . Singgah Makan Tengah Hari di Restoran Mekong Halal. Selepas makan menaiki bot dan balik ke pangkalan di mana bas menunggu. Singgah membeli belah di Danny & Tina Wholesale. Makan malam di Restoran Serai. Bermalam di Ho Chi Minh.

 

Hari Keempat: (30 April 2017) Ho Chi Minh – Berlepas Pulang (B)

Selepas sarapan pagi di Restoran Kampung Pandan, rombongan bebas melakukan aktiviti sementara menunggu waktu untuk  berlepas pulang .
(B : Breakfast, L : Lunch, D : Dinner)

Borang Pendafataran Muslim Tour

 

Persetujuan

 

Verification