HARMONY EXCELLENCE HOLIDAYS
2022 / 2023
Terokai Dunia bersama kami
Pilih destinasi anda dan kami akan kendalikan selebihnya.
NAK TAHU LEBIH LANJUT TENTANG HARMONY?
Mengusahakan travel muslim ke tanah suci dan keseluruh dunia.
PROFIL SYARIKAT
Ditubuhkan pada tahun 2007 dan dikenali sebagai Harmony Excellence Travel Tours Sdn Bhd (HETT). Pada October 2012 HETT telah dijenamakan semula kepada Harmony Excellence Holidays Sdn Bhd (HEH). Memulakan perniagaan dengan hanya satu (1) unit pejabat, HEH kini telah berjaya meluaskan perniagaan dan kini telah menyewa bangunan pejabat 2 tingkat untuk memenuhi keselesaan pelanggan dan pekerja.
OBJEKTIF SYARIKAT
- Menyediakan perkhidmatan yang efisien dan profesional terhadap pelanggan.
- Pengendalian urusan mengikut tatacara syarikat menerusi etika kerja dan amalan nilai murni diantara syarikat dan pelanggan.
-
Memberikan perkhidmatan berkualiti untuk kepuasan pelanggan yang maksimum.
MISI
Menjadi satu syarikat pelancongan yang bertaraf antarabangsa.
VISI
Menyediakan perkhidmatan yang penuh integriti, sistematik dan inovasi bagi mencapai tahap kepuasan pelanggan seratus peratus.
MOTO
Berusaha untuk kecemerlangan
UCAPAN PENGARAH URUSAN
Sepatah dua kata...
Segala puji bagi ALLAH, Tuhan yang mengurniakan kebaikan kepada sesiapa sahaja yang dikehendaki-Nya. Selawat dan salam ke atas Rasulullah SAW, ahli keluarga dan para sahabat baginda serta orang-orang yang mengikut jejak langkahnya. Alhamdulillah, syukur kepada Allah SWT, dengan rahmat dan kasih sayang-Nya, dapat kita membuat amal soleh dan mentaati segala suruhan-Nya. InsyaAllah. Salam Harmoni yang berpanjangan pada semua pengunjung website ini. Semoga ianya sedikit sebanyak dapat memberi manfaat kepada semua, insyaAllah. Kelebihan ibadah umrah adalah sangat besar disisi Allah SWT sebagaimana sabda Nabi SAW yang bermaksud ” Diantara satu umrah kepada satu umrah yang lain adalah penghapus dosa diantara keduanya dan tiada balasan bagi haji yang mabrur(diterima) melainkan syurga” Riwayat Bukhari dan Muslim. Selaku Pengarah Urusan Harmony Excellence Travel & Tours sdn Bhd, saya dengan rasa rendah diri mengajak untuk kita sama-sama menghambakan diri kepada Allah S.W.T dengan penuh rasa syukur, tawadu’ dan keinsafan mengunjungi Baitullah dan menziarahi makam Rasulullah S.A.W. Kami mengajak semua untuk sama-sama menyertai program umrah kami seperti sebuah keluarga yang besar, harmoni, saling bantu membantu tanpa ada rasa pentingkan diri, hasad dengki dan sebagainya. Semoga kita mendapat umrah yang mabrur di sisi Allah. Amin ya robbal alamin.
Haji Nor Hashim bin Abdullah
Pengarah Urusan
Alhamdulillah dengan limpah kasih sayang-Nya serta taufik dan kurniaan-Nya telah memudahkan kami atas urusan berkhidmat kepada para jemaah-jemaah Umrah di Harmony Excellence Holidays khususnya dan seluruh Malaysia umumnya. Di sini kami ingin mengucapkan jutaan terima kasih dan penghargaan kepada sesiapa sahaja yang terlibat secara langsung atau tidak langsung dalam usaha memberi layanan kepada para tetamu Allah. Kami juga akan terus menggalas amanah ini untuk memenuhi citarasa dan kehendak jemaah-jemaah umrah kami dari masa ke semasa. Akhir kata dari kami, “Ingat Umrah, Ingat Harmony”
Hisham bin Hamzah
Pengarah korporat
koleksi Galeri Jemaah & video
Abadikan kenangan anda di Tanah Suci
saya bagi Harmony Excellence 10 bintang! Pakej Umrah sambut Lailatul Qadar, 10 Ramadhan terakhir, sambut Hari Raya di sana, seronok sangat.
Dapatkan pakej Umrah terkini yang mampu milik sesuai mengikut bajet kewangan anda dengan harga serendah RM4990/seorang.
Hotel Dekat Harga JIMAT
PERKHIDMATAN
Selain perlancongan, kami turut menyediakan perkhidmatan lain seperti:
Kenangan Terindah dari jemaah kami
Apa kata mereka?
BLOG KEMBARA
Senarai aktiviti semasa dan tips pengembaraan
Sebarang Pertanyaan?
Kami berada di sini 24/7, untuk membantu anda.
Sebarang aduan/ cadangan amat dialu alukan untuk penambahbaikan dan naik taraf perkhidmatan kami.
HARMONY EXCELLENCE HOLIDAYS SDN BHD
No.1, Jalan Wangsa Melawati 4, Taman Wangsa Melawati, 53300 Kuala Lumpur, Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur
Hubungi kami di:
Pejabat: 03-4131 7464 (waktu pejabat)
Whatsapp/call: 010-503 2020
(24jam)
Email: heh.harmony@gmail.com
Waktu Operasi:
Isnin-Jumaat: 9am - 6pm
Sabtu: 9am - 2pm
Ahad: 9am - 2pm
telah berlepas
Penerbangan seterusnya pada 23 February 2020 3:00 pm , KLIA 1
- 00Days
- 00Hours
- 00Minutes
- 00Seconds
© 2019 Harmony Excellence Holidays Sdn Bhd
(KPK/LN 7118) (IOT) LESEN KHAS UMRAH LKU/ 087)